widuriku

Anak Kecil Main api terbakar hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat bumi di pijak milik orang. Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamaya hasil mengalir ke tanggan yang lain pribumi merintih sendiri. Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa bersatulah hati bersama berbakti pulih kembali harga diri.... Kita sudah tiada masa majulah dengan maha perkasa janganlah terlalai teruskan usaha MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA......

Thursday, February 17, 2011

Hati-hati 'lakonan' Kit Siang, Karpal Singh ?

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kerajaan perlu berhati-hati dengan 'lakonan' serta tindakan dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh 'menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.
Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ini kerana, ia hanya helah supaya kerajaan mengenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka.
Menurut beliau, jika perkara itu berlaku, Kit Siang dan Karpal serta pemimpin pembangkang lain akan menggunakan isu penahanan ISA sebagai umpan meminta simpati rakyat.
"Ia amalan biasa pembangkang. Mereka akan cuba mencari peluang untuk menjolok kerajaan dengan isu-isu sensitif.
"Kalau dikenakan tindakan ISA atas kenyataan yang dikeluarkan, inilah peluang mereka untuk menghentam kerajaan bagi mencari simpati rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Oleh itu, kerajaan perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan keadaan sebegini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai serangan Kit Siang dan Karpal terhadap Dr. Mahathir bahawa terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan pada 1988.
Kenyataan dua pemimpin DAP itu mendapat reaksi beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menyifatkan serangan berkenaan sebagai tindakan desperado'bagi menutup kelemahan pembangkang.
Beliau turut mencabar kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut supaya bertanyakan mengenai isu Ops Lalang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga tidak ketinggalan menghentam Karpal sebagai orang yang tidak layak menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong kerana Pengerusi DAP itu sendiri pembohong dalam kes liwat Anwar.
Mengulas lanjut, Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR berkata, pembangkang terutama Kit Siang dan Karpal sebenarnya sudah ketandusan isu untuk diketengahkan dalam melemahkan kerajaan dan perkara yang dilakukan itu hanya untuk publisiti murah.
"Sudah tiada isu, mereka akan bangkitkan pula isu-isu lama. Inilah kerja mereka," katanya.
Beliau menyokong cabaran Zulkifli agar Kit Siang dan Karpal merujuk kepada Anwar berhubung Ops Lalang.
Mengulas isu sama, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor,Abdullah Mansor berkata, Kit Siang dan Karpal perlu 'mencermin' diri sebelum menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong.
Menurutnya, Dr. Mahathir bukan 'kaki pembohong' dan tidak akan mereka-reka cerita seperti yang didakwa dua pemimpin pembangkang itu.
"Perkasa memandang serius tuduhan Kit Siang dan Karpal. Kita tuntut mereka ini mohon maaf kepada Dr. Mahathir.
"Karpal sendiri pun boleh dipertikaikan terutama dalam isu liwat membabitkan Anwar. Dulu dia pernah dedahkan perlakuan liwat Anwar, kini membela Anwar pula," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar memberitahu, apa yang dilakukan oleh Kit Siang dan Karpal hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk kononnya mereka handal dalam semua perkara.
"Apa yang penting, mereka asyik hendak mencari jalan untuk bergaduh. Itu sahaja matlamat mereka. Sudah tidak ada modal, mereka cari apa jua isu yang boleh dibuat bergaduh.
"Kalau hendak tunjuk handal pun, kenalah profesional. Jangan bersikap seperti budak-budak atau orang sudah nyanyuk," katanya.
Posted by Widuriku at 2:40 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, February 15, 2011

Pulau Pinang beri RM150,000 pada guru Kafa? Dari Sumber Mana?


Kerajaan Pulau Pinang memperuntukan sejumlah RM150,000 untuk kira-kira 1,500 guru Kafa di negeri itu sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu hari ini.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, setiap seorang akan mendapat RM100 seperti dicadangkan dalam mesyuarat exco negeri Khamis lalu.

"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah," katanya sambil memberitahu perkara itu diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 dan badang antarabangsa seperti Transparency International.

Katanya, kerajaan juga memberikan RM100 kepada guru Kafa sempena perayaan Awal Muharam dan duit raya kepada golongan itu sebanyak RM250 pada tahun lepas.

Sementara itu, mengulas sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wasatiah (Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Umah", Lim berkata kesederhaan Islam akan menolak dakwaan bahawa agama itu ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.

Memetik pandangan ulama terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi, Lim berkata, kesederhaan Islam bersumberkan kepada prinsip keadilan, konsisten dan keamanan serta menjadi lambang kepada kebaikan dan tunjang kekuatan.

"Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan," katanya.

Posted by Widuriku at 1:45 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, February 14, 2011

Posted by Widuriku at 10:50 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, February 13, 2011

PULANG ATAU LARI ????????

mohdasron.mustapha@utusan.com.my
 
KUALA LUMPUR 13 Feb. – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai dua pilihan sama ada mahu menetap di Washington atau kembali ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan kes liwat.
Kenyataan tersebut hadir ketika pelbagai pihak kini mendedahkan ketua pembangkang itu sedang merancang melarikan diri ke luar negara bagi mengelak perbicaraan kes liwat kerana bimbang beliau akan dipenjara.
Anwar berkata demikian semasa berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World, anjuran sebuah badan pemikir Amerika Syarikat, New America Foundation yang berpangkalan di Washington DC, Amerika Syarikat, Khamis lalu.
“Saya boleh pilih untuk tinggal di sini (Washington) dan tidak kembali ke Malaysia, tetapi pilihan telah dibuat. Satu kaki saya di Parlimen dan satu kaki lagi di penjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari.
“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan,” katanya seperti dipetik daripada laman blog http://www.anwaraidc.com. hari ini.
Dakwaan mengenai perancangan Anwar itu mula didedahkan sebuah blog, http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com selepas ketua pembangkang tersebut berjaya menangguhkan kesnya sebanyak 50 kali.
Pendedahan itu kemudian disahut Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan laporan polis dan pada masa sama, badan tersebut mendesak supaya pihak berkuasa menahan pasport Anwar dengan segera.
Turut menyokong desakan itu ialah Ummi Hafilda Ali yang mahu kerajaan bertindak tegas dengan menghalang Anwar daripada bebas untuk keluar dan masuk negara ini kerana ia boleh memberi imej buruk kepada negara.
Ummi Hafilda menambah, kerajaan tidak perlu berlembut dan memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk berbuat demikian kerana sikapnya yang suka menyebarkan fitnah demi meraih simpati negara lain.
Posted by Widuriku at 10:44 PM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, February 12, 2011

Masalah Sosial dan Pelacuran Di Kelantan???? Apa Tindakan??????


39
  • 0digg
  • 39Share
  • Email
  • SHAREBAR
logo parti pas Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan? Tindakan?
Nak ditelan pahit, nak dibuang sayang.Berkemungkinan ada yang akan terasa.Masalah sosial seperti pelacuran, gay dan sebagainya memang sudah makin menjadi-jadi di setiap negeri-negeri dalam Malaysia.Tidak terkecuali juga negeri Kelantan pimpinan PAS.
Di daerah Kota Bharu, masalah sosial bukan makin kurang, malah makin menjadi-jadi.Ternyata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam seolah-olah melindungi aktiviti-aktiviti maksiat dan pelacuran di dalam bandar Kota Bharu. Kenyataan ini memang memeranjatkan.
Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu.Kenyataan bahawa setelah sedekad Kota Bharu dimartabatkan sebagai Bandaraya Islam, rupa-rupanya ia tidak lebih sebagai retorik politik.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kami, dan akan mengeluarkan kenyataan bahawa di negeri-negeri lain juga terdapat masalah sosial yang lebih besar dari Kota Bharu.Namun itu hanya alasan.Kota Bharu dinaungi kerajaan PAS hampir 21tahun. Dan dalam tempoh itu, kesemua Adun dan pemimpin adalah dari kalangan orang ISLAM.
Kalau selama 21 tahun pun belum cukup nak perangi masalah pelacuran di Kota Bharu, ini kan pula satu Malaysia. Sepatutnya pemimpin kawasan perlu sentiasa memantau kegiatan pelacuran dan gay ini.Namun apa yang tinggal, hanya janji semata-mata.Ini sudah tentu meburukkan imej parti itu sendiri.
Kalau bercakap pasal agama, memang bergegar satu kampung.Tapi kalau bab nak laksanakan tanggungjawab, masing-masing kunci mulut. Cakap berdegar-degar macam guruh.Tapi kaki terpalit tahi.
Pemimpin dan Adun di PAS perlu lebih kuat berusaha memerangi aktiviti ini.Jangan hanya nak duduk diam.Kotakan janji anda sebagai pemimpin yang memperjuangkan Islam.

Posted by Widuriku at 11:56 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Hari Kekasih yang HARAM DI HALALKAN?????

Sambutan Hari Kekasih tidak sesuai diraikan umat Islam

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa sambutan Hari Kekasih tidak sesuai untuk diraikan oleh umat Islam.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Hari Kekasih adalah keraian yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian yang memiliki sejarahnya tersendiri dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah pun membuat penjelasan sewajarnya.
‘‘Mungkin untuk agama lain, ia sesuai tetapi bagi Islam, ia tidak bersesuaian. Saya harap ini dapat difahami oleh semua kerana ini bukanlah perkara baru.
‘‘Penjelasan telah dibuat oleh Jakim. Namun begitu, kalau agama lain sudah biasa mengamalkan (meraikan), itu hak mereka. Kristian atau kaum lain hendak rai, itu hak mereka.
‘‘Kepada umat Islam pula, kita beri nasihat dan ia tidak sesuai (diraikan),’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau perkhidmatan bas dan sistem aliran ringan (LRT) kendalian Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas mengenai nasihat Jakim terhadap umat Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.
Nasihat oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz antara lain menyebut menyambut Hari Kekasih bukanlah budaya masyarakat Islam malah ia wajar dijauhi kerana khuatir akan membawa kepada perbuatan tidak bermoral.
Muhyiddin memberitahu, ketika Islam menasihatkan umatnya tidak meraikan Hari Kekasih, beliau mengharapkan agar ia tidak menimbulkan rasa curiga di kalangan orang lain.
‘‘Kita tidak rendah-rendahkan Valentine (Hari Kekasih). Ia tradisi tetapi di sudut agama Islam, ini tidak sesuai,’’ katanya.
Beliau kemudiannya menegur segelintir pihak yang mahu melaksanakan pelbagai tindakan pencegahan termasuk melakukan pemeriksaan terhadap pasangan pada malam 14 Februari ini.
‘‘Bagi Islam, kita tekankan soal nasihat. Dalam menangani isu ini, janganlah sampai kita menyentuh perasaan mana-mana kaum. Jangan over (berlebih-lebihan) sehingga boleh timbulkan rasa marah dan benci,’’ katanya.
Posted by Widuriku at 7:56 PM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My photo
Widuriku
View my complete profile

My Blog List

  • Panglima Perang Cyber
    PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
    5 years ago
  • pandangan ku
    Read Online garrard sp25 playing unit repair manual Audio CD
    7 years ago
  • Pensilnip
    Job Vacancies 2017
    8 years ago
  • belimbing bintang
    Perangi Penyebaran Maklumat Palsu Jatuhkan Kerajaan BN - PM Najib PEKAN, 25 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri
    8 years ago
  • Minda Hijrah
    Mendekati Anak Muda melalui Minat Bolasepak @IsmailSabri60 @KhairyKJ #GGMU #Chelsea
    10 years ago
  • kelip-kelip Lavender
    SERUPA KAN DENGAN ANWAR~KETUA UMUM PKR!!!!!!!!!!!!
    14 years ago
  • APPLEJUICE
    ANWAR TEGUR NIK AZIZ HARAM SEMUA PERJUDIAN
    14 years ago
  • Youth Voices
    Merlimau : Upin Ipin Mangsa PAS
    14 years ago
  • VG sbg
    Utusan Malaysia Online - Politik
    14 years ago
  • Kusampaikan....
    SAH!!! Anwar Memang Ada Hubungan Dengan Shamsidar
    14 years ago
  • limauais
    Kes Beng Hock: Suruhanjaya tolak singkir pegawai pengendali
    14 years ago
  • Widuri Pandan
    Orang Asli Parah Diserang Harimau
    14 years ago
  • putihsuci
    Test power
    14 years ago
  • ulatsagu
    Debat Nik Abdul Aziz hanya 'khayalan politik'?
    14 years ago
  • Cahaya Kilat
    erti kemerdekaan.. a samad said
    14 years ago
  • mawar biru salju
    Perjuangan Baru Bermula....
    14 years ago

Followers

Blog Archive

  • ▼  2011 (6)
    • ▼  February (6)
      • Hati-hati 'lakonan' Kit Siang, Karpal Singh ?
      • Pulau Pinang beri RM150,000 pada guru Kafa? Dari S...
      • No title
      • PULANG ATAU LARI ????????
      • Masalah Sosial dan Pelacuran Di Kelantan???? Apa T...
      • Hari Kekasih yang HARAM DI HALALKAN?????
Simple theme. Theme images by sbayram. Powered by Blogger.