Sunday, February 13, 2011

PULANG ATAU LARI ????????

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai dua pilihan sama ada mahu menetap di Washington atau kembali ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan kes liwat.
Kenyataan tersebut hadir ketika pelbagai pihak kini mendedahkan ketua pembangkang itu sedang merancang melarikan diri ke luar negara bagi mengelak perbicaraan kes liwat kerana bimbang beliau akan dipenjara.
Anwar berkata demikian semasa berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World, anjuran sebuah badan pemikir Amerika Syarikat, New America Foundation yang berpangkalan di Washington DC, Amerika Syarikat, Khamis lalu.
“Saya boleh pilih untuk tinggal di sini (Washington) dan tidak kembali ke Malaysia, tetapi pilihan telah dibuat. Satu kaki saya di Parlimen dan satu kaki lagi di penjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari.
“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan,” katanya seperti dipetik daripada laman blog http://www.anwaraidc.com. hari ini.
Dakwaan mengenai perancangan Anwar itu mula didedahkan sebuah blog, http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com selepas ketua pembangkang tersebut berjaya menangguhkan kesnya sebanyak 50 kali.
Pendedahan itu kemudian disahut Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan laporan polis dan pada masa sama, badan tersebut mendesak supaya pihak berkuasa menahan pasport Anwar dengan segera.
Turut menyokong desakan itu ialah Ummi Hafilda Ali yang mahu kerajaan bertindak tegas dengan menghalang Anwar daripada bebas untuk keluar dan masuk negara ini kerana ia boleh memberi imej buruk kepada negara.
Ummi Hafilda menambah, kerajaan tidak perlu berlembut dan memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk berbuat demikian kerana sikapnya yang suka menyebarkan fitnah demi meraih simpati negara lain.

2 comments:

  1. salam....
    nak bagitahu

    blog terbaru saya
    susuk-emas.blogspot.com
    yg asal ade masalah teknikal
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. huhu..sape arr yg xknl dgn prgai si Anwr nie..huhu...kn mmg aktif blakun..nak dpt A1 larr katakn..huhu

    ReplyDelete