Saturday, February 12, 2011

Hari Kekasih yang HARAM DI HALALKAN?????

Sambutan Hari Kekasih tidak sesuai diraikan umat Islam

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa sambutan Hari Kekasih tidak sesuai untuk diraikan oleh umat Islam.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Hari Kekasih adalah keraian yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian yang memiliki sejarahnya tersendiri dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah pun membuat penjelasan sewajarnya.
‘‘Mungkin untuk agama lain, ia sesuai tetapi bagi Islam, ia tidak bersesuaian. Saya harap ini dapat difahami oleh semua kerana ini bukanlah perkara baru.
‘‘Penjelasan telah dibuat oleh Jakim. Namun begitu, kalau agama lain sudah biasa mengamalkan (meraikan), itu hak mereka. Kristian atau kaum lain hendak rai, itu hak mereka.
‘‘Kepada umat Islam pula, kita beri nasihat dan ia tidak sesuai (diraikan),’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau perkhidmatan bas dan sistem aliran ringan (LRT) kendalian Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas mengenai nasihat Jakim terhadap umat Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.
Nasihat oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz antara lain menyebut menyambut Hari Kekasih bukanlah budaya masyarakat Islam malah ia wajar dijauhi kerana khuatir akan membawa kepada perbuatan tidak bermoral.
Muhyiddin memberitahu, ketika Islam menasihatkan umatnya tidak meraikan Hari Kekasih, beliau mengharapkan agar ia tidak menimbulkan rasa curiga di kalangan orang lain.
‘‘Kita tidak rendah-rendahkan Valentine (Hari Kekasih). Ia tradisi tetapi di sudut agama Islam, ini tidak sesuai,’’ katanya.
Beliau kemudiannya menegur segelintir pihak yang mahu melaksanakan pelbagai tindakan pencegahan termasuk melakukan pemeriksaan terhadap pasangan pada malam 14 Februari ini.
‘‘Bagi Islam, kita tekankan soal nasihat. Dalam menangani isu ini, janganlah sampai kita menyentuh perasaan mana-mana kaum. Jangan over (berlebih-lebihan) sehingga boleh timbulkan rasa marah dan benci,’’ katanya.

2 comments:

  1. macam mane nk kurangkan sambutan valentine oleh remaja khususnya golongan belia?....bagi mereka waktu ni la hari yg paling mereka tgu2 n paling busy nk cari present 2 their couple...mereka ada didikan yg cukup n knows about valentine day is not 4 Muslim tp maybe bcoz of the peer groups yg influence especially 4 IPT or IPTS's students...

    ReplyDelete
  2. kehidupan yang terlalu banyak didedahkan dengan budaya kehidupan barat membuatkan remaja pada masa kini tidak memikirkan antara haram dan tidak haram,dididikan bukan tidak baik mahupun ckup dari keluarga tetapi pengaruh luar yang tidak difahamkan oleh SANG DEWASA kepada si remaja.
    jangan kita buta tuli tunding jari kepada remaja ini.

    ReplyDelete